BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Semasa saya dan isteri bergaduh melalui whatsapp, isteri ada berniat nak rosakkan telefon miliknya dengan cara menghantar pesanan whatsapp yang bertalu-talu tanpa henti pada saya, saya terlepas cakap rosak telefon tu aku cerai kau. Saya berniat nak cakap dalam hati tapi rasa macam terlepas cakap. Adakah jatuh talak tu ustaz? 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tersebut, jika saudara benar-benar melafazkan "rosak telefon tu aku cerai kau", tidaklah menyebabkan jatuh lafaz secara serta merta, ia merupakan lafaz berbentuk khabari (perkhabaran atau hasrat). Iaitu sekiranya rosak telefon, suami akan menceraikannya. Adapun, jika telefon rosak, maka terpulang kepada suami sama ada mahu meneruskan hasrat tersebut atau sebaliknya.

Walau bagaimanapun, bidangkuasa menentukan sah atau tidak lafaz talak adalah kuasa Mahkamah Syariah. Dipohon agar merujuk kepada Mahkamah Syariah terdekat untuk mendapatkan kepastian. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 118

message user image