BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang lafaz taklik, saya membuat lafaz taklik ke atas isteri saya ketika kami bertengkar, lafaz taklik yang saya ucap ialah "jika isteri saya transfer duit ke akaun saya untuk memberi semula wang yang saya sudah beri untuk perbelanjaan harian mala jatuh 1 talak keatas nya" saya ucapkan taklik itu ketika sedang marah dan alhamdulillah saya dan isteri sudah berbaik. Soalan saya adakah lafaz taklik itu sah atau tidak dan andaikata sah bagaimana saya ingin membatalkan lafaz taklik tersebut


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلي أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tersebut, lafaz taklik suami "jika isteri saya transfer duit ke akaun saya untuk memberi semula wang yang saya sudah beri untuk perbelanjaan harian mala jatuh 1 talak keatas nya", adalah lafaz taklik yang soreh (jelas) maksudnya. Justeru, jatuh talak satu ke atas isteri sekiranya isteri berbuat sebagaimana yang ditaklikkan oleh suami. Taklik ini terpakai sepanjang perkahwinan selagi tidak dilanggar, maka ia berkekalan. Tidak boleh dibatalkan. Bagi mengelakkan taklik dilanggar, isteri sepatutnya tidak transfer semula atau memulangkan duit perbelanjaan harian dari suami.

Tuan dinasihatkan agar segera merujuk ke Pejabat Agama Islam terdekat bagi membuat pengesahan taklik.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 86

message user image