BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkenaan taklik tambahan. Saya sudah berkahwin selama 15 tahun. Adakah boleh saya baru ingin membuat perjanjian taklik tambahan (tahun semasa 2024) tetapi isi kandungan perjanjian tersebut tergunapakai bermula sepanjang dari awal berkahwin (15thn lepas) sehingga kini. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara umumnya pasangan boleh untuk membuat taklik tambahan selain daripada taklik yang dibaca selepas akad nikah, namun ia hanya berkuatkuasa selepas lafaz tambahan itu dibuat dan ia tidak terpakai sebelum lafaz tambahan itu dilaksanakan.

Untuk makluman, pasangan mesti memahami bahawa lafaz taklik tambahan itu, sekiranya dilanggar dan jatuh maka ia termasuk dalam kategori perceraian luar mahkamah dan ia merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 125, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, iaitu sabit kesalahan suami boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 1000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 112

message user image