BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Family saya akan dtg singgah ke rumah  dlm minggu depan sebelum pergi bercuti ke satu tempat. Malam tadi berlaku perselisih faham antara sy dgn suami. Dan ketika itu saya ada mintak cerai sbb terlalu sedih. akibat pergaduhan tersebut suami ada sebut nanti family hang dtg, kita pergi mahkamah aku xmau hang dah. Adakah jatuh talak tersebut & jatuhnya bila ?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan puan, kata-kata suami: nanti family hang dtg, kita pergi mahkamah aku xmau hang dah, boleh dikategorikan sebagai lafaz taklik cerai secara kinayah (kiasan). Sekiranya suami berniat untuk menceraikan isterinya, maka taklik tersebut berlaku. Namun jika tidak berniat, tidak taklik berlaku. Justeru, puan boleh hubungi dan kemukakan perkara ini terus ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk dibuat pengesahan oleh Hakim Syarie, kerana hanya pihak Mahkamah Syariah sahaja yang boleh mengesahkan perkara ini.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 80

message user image