BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz,

Saya dan isteri baru sahaja berkahwin dan kami sering bermanja secara seksual. Kami pernah mendengar sebelum ini yang hanya berjimak dilarang ketika isteri datang haid. Soalan saya, boleh ke saya bermain menggunakan jari saya pada alat kelamin isteri dan juga menjilat pada bahagian biji kelentit isteri ketika isteri sedang haid?

Mohon pencerahan dari Ustaz.

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perbuatan tersebut bukanlah daripada akhlak yang diajarkan dan dianjurkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Namun tiada larangan secara spesifik akan perkara tersebut.

Dalam pada itu, para ulama menyatakan bahawa harus hukumnya bagi seorang suami dengan isteri yang tidak haid untuk menyentuh dan bermain-main dengan alat sulit pasangannya, secara seksual dan maaruf (baik), bukan dengan cara yang merosakkan dan tidak membawa kepada penyakit dan masalah kesihatan, dilakukan secara konsensual atau suka-sama-suka, dilakukan dengan penuh adab.

Namun begitu ketika isteri sedang haid, selain larangan bersetubuh, menyentuh isteri tanpa berlapik antara pusat dan lutut juga adalah dilarang (Busyra al-Karim Syarh Muqaddimah al-Hadhramiyyah). Hukum ini berdasarkan hadis Nabi SAW daripada Muaz bin Jabal:

لَكَ ما فَوْقَ الإِزارِ

Maksudnya: “(Dibenarkan) bagimu bahagian badan selain dari kawasan memakai kain.” (Riwayat Abu Daud)

Namun begitu, dalam keadaan isteri sedang haid, berseronok dan bermesra dengan isteri dengan berlapik atau menggunakan tangan isteri bagi mendapatkan kepuasan suami adalah dibenarkan

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 116

message user image