Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Sahibus Samahah yang mulia. Saya seorang pekerja penghantar barang ke kedai runcit. Setiap hari saya akan ke 30-40 kedai runcit berbeza.
Setiap hari saya akan bekerja di daerah berbeza seperti contoh, Isnin di Hulu Selangor, selasa di Gombak, Rabu di Ampang, Khamis di Cheras dan Kajang.
Jarak perjalanan dari pejabat ke kedai runcit terakhir biasanya mencatatkan perjalanan antara 200km sehingga 350km bergantung pada jauh lokasi kedai runcit dari pejabat kami di Rawang.
Soalan saya, bolehkah saya mengerjakan solat secara Qasar dan Jamak untuk Zohor dan Asar?
Sekian soalan saya, assalamualaikum..
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan solat qasar dan jamak dilakukan. Antara yang disebutkan oleh para fuqaha :
Oleh itu, mengikut situasi yang tuan alami dibolehkan bagi tuan untuk melakukan solat jamak dan qasar sekiranya telah dipastikan terdapat perjalanan dari satu lokasi ke satu lokasi yang jarak perjalanannya melebihi 2 marhalah. Contoh; perjalanan dari pejabat ke kedai runcit ke 4 yang jarak perjalanannya 81km atau perjalanan dari kedai runcit ke 3 ke kedai runcit ke 4 yang jarak perjalannya melebihin 81 km. Tidak boleh jamak dan qasar dengan mencampurkan ke semua lokasi perjalanan sehingga melebihi had perjalanan melebihi 81 km.
Sekian, terima kasih.