Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mempunyai was was mengenai air kencing. Kadang kala, saya akan kencing sebelum menunaikan solat. Ketika solat saya merasakan seperti di hujung kemaluan saya seperti bermain main air Dan juga di "testical" saya terasa seperti ada air yang mengalir turun ke bawah. Ada juga ketika saya solat tetapi tidak kencing sebelum itu (saya hanya mengambil wuduk sahaja), saya juga merasakan ada air yang bermain main di hujung kemaluan saya Dan ada seperti rasa Sejuk atau rasa berair di "testical". Saya Cuba melawan was was itu dengan meyakinkan diri bahawasanya jika tidak ada rasa seperti "tajam" air kencing keluar daripada kemaluan, saya tidak akan melayannya. Namun, disebabkan oleh rasa Sejuk atau rasa berair di "testical" menyebabkan saya was was sama ada ianya hanya reaksi kulit "testical" atau benar-benar air kencing yang mengalir atau hanya baki air basuhan kencing (dalam kes saya kencing sebelum solat).
Selepas solat, disebabkan oleh was was saya, saya sering Kali menghidu seluar pelikat (yang bercawat luas) atau kain pelikat saya, menyentuh kepala kemaluan Dan "testical" saya dengan jari untuk menghidu bagi memastikan tiada bau air kencing Dan juga karpet tempat saya menunaikan solat. Sering Kali selepas menghidu bahagian-bahagian yang disebutkan, saya menjadi lebih was was kerana di atas karpet seperti tiada bau (hanya bau karpet sahaja), pakaian saya seperti tiada bau air kencing atau hanya berbau pakaian yang sudah dipakai seperti kemasaman Dan paling mencurigakan saya di hujung kemaluan Dan "testical" yang saya tidak pasti ianya bau hancing atau hanya bau kemaluan yang kemasaman.
Saya solat di atas karpet ruang tamu maka saya khuatir jika benar air kencing terkena pakaian Dan karpet akan menyebabkan najis berpindah kepada ahli keluarga yang lain Dan juga tempat lain seperti sofa kerana saya sering berehat di atas sofa setelah solat.
Maaf atas penjelasan saya yang agak keterlaluan namun perasaan was was ini memenatkan saya sehingga kurang fokus kepada aktiviti harian yang lain. Terima kasih, Assalamualaikum.
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna atau bau. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang bau, rasa dan warna.
Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia tidak menjadikan sesuatu menjadi bernajis. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tidak bernajis sehingga dibuktikan jelas terdapat najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Apabila tuan telah membersihkan kemaluan sejurus selesai membuang air kecil, maka telah bersih dan suci anggota tersebut. Oleh itu, tidak timbul lagi najis masih wujud pada anggota tersebut. Jika sekadar terasa atau andaian, maka ianya kekal suci.
Berusahalah untuk menghilangkan atau menjauhkan diri daripada rasa was-was. Ini adalah kerana dikhuatiri akan terus dipermain-mainkan oleh syaitan sehingga menyusahkan kehidupan sekiranya tidak diatasi dengan sebaiknya.
Sekian, terima kasih.