BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammua’laikum ustaz, nak tanya, 

 

1. Ada syarikat satu ini buat riba tapi saya tidak terlibat dengan riba dan bila dapat gaji apakah gaji saya itu halal? Saya telah mengetahui nya sebelum masuk kerja lagi..tapi tak dapat tahu kesahihannya..

 Saya nak kerja di AEON big, tapi  bahagian foodline iaitu bahagian membuat makanan..apakah hukumnya? Sbb saya tidak terlibat dgn riba cuma andai Jika tersebut syarikat itu terlibat dgn riba..

 

2. jika ada staff non muslim yang kerja di area foodline yg buat makanan itu, dan dia buat makanan itu dari yang halal kandungannya, cuma saya waspada dan was2 bekerja dgn non muslim..apakah kandungan yg dia buat itu masih halal? 

 

Saya perlukan jawapan ini dgn segera kerana saya nak mohon kerja, mohon Penjelasan.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

1. Bekerja di syarikat yang terlibat dalam urusan riba adalah dilarang kerana perbuatan riba ditegah dalam urusan agama. Namun begitu, melihat kepada realiti zaman kini khususnya dalam soal mencari peluang pekerjaan yang sememangnya berhadapan dengan kesukaran. Justeru, seseorang yang bekerja dengan syarikat yang terlibat secara langsung dalam urusan riba perlu berusaha meninggalkan pekerjaan tersebut dan mencari peluang yang lebih baik. Jika mengalami kesukaran dalam mencari pekerjaan, maka dibolehkan untuk terus bekerja di syarikat tersebut dengan syarat tidak meredhai kegiatan itu dan tetap berusaha mencari peluang pekerjaan yang bebas daripada sebarang unsur riba.

Adapun seandainya puan ditempatkan di bahagian yang tidak terlibat dalam urusan riba secara langsung seperti foodline dan seumpamanya, maka adalah diharuskan dan gaji yang diterima adalah halal. Namun perlu dipastikan pekerjaan tersebut tiada keterlibatan dengan sesuatu perkara yang haram seperti arak. Sekiranya ada, maka ia menjadi haram kerana Rasulullah SAW melaknat 10 golongan yang terlibat dengan arak.

2. Makanan yang dibuat oleh non-Muslim adalah halal sekiranya bahan dan ramuan yang digunakan adalah dari sumber halal dan, dan bebas daripada sebarang unsur haram (seperti bahan najis). Islam tidak melarang seorang Muslim bekerja dengan non-Muslim selagimana tidak ada pelanggaran syariat dalam pekerjaan tersebut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 72

message user image