BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum ustaz.

Saya seorang isteri yang bekerja.Pendapatan saya adalah RM 5,000.00 manakala suami RM 3,000.00.Suami byr kereta ats nama saya sbyk RM 700.00, manakala komitmen taska RM 960.00, makan minum anak-anak, duit minyak kereta adalah perbelanjaan saya, termasuk bil air bil elektrik .Saya akn defisit gaji dan terpksa buat loan dan gadai emas. Saya mempunyai personal loan RM 1600.00, dan byran rumah rumah RM 901.00.

 

Dalam hal ini, suami menyatakan kerana perlu membayar kereta dia tidak dpt bayar komitmen lain.Makna lainnya tidak mahu bayar.Saya mnta utk suami bayar bil air dan elektrik.Suami tidak mahu bayar.Alasan kereta.Dari 2019 hingga 2020 ini alasannya.

 

Dalam hal ini, saya berasa sangat beban.14 tahun yg sangat membebankan.Suami tidak prnh mengucap kata maaf @terima kasih atas segala bantuan yg saya berikan.

 

Saya pohon, dlm situasi saya ini, apakah hak dan tanggjawab suami dari segi nafkah keluarga?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Semoga sihat sentiasa. Kami mengambil maklum terhadap persoalan yang telah dibangkitkan.

Perkara utama yang seharusnya difahami terlebih dahulu adalah nafkah asas yang perlu ditanggung oleh suami. Sebagaimana yang telah disepakati oleh kebanyakan ulama, nafkah asas yang perlu ditanggung oleh seorang suami terbahagi kepada 7 perkara iaitu makanan, barang dapur, pakaian, tempat tinggal, peralatan membersihkan diri, barangan rumah dan pembantu kepada isteri sekiranya menjadi kebiasaan bagi isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu). Perkara ini adalah berpandukan firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 233:

وَٱلۡوَٰلِدَٰتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ

Maksudnya: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, adalah menjadi kewajipan bagi seorang suami menanggung perbelanjaan atau nafkah asas isteri dan anak walaupun isteri mempunyai pendapatan sendiri. Namun, perlu diingatkan bahawa pemberian nafkah ini mestilah sesuai dengan kemampuan suami.

Adapun kos tanggungan kenderaan yang dimiliki sewajarnya dipertimbangkan semula bagi pihak suami, sekiranya ia mengakibatkan pengabaian nafkah bagi anak-anak maka wajar diutamakan anak-anak kerana ia merupakan tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan bagi seorang bapa. 

Walau bagaimanapun, puan dinasihatkan untuk berbincang secara penuh hikmah dengan suami dan disarankan membuat pelan tindakan bersama bagi mengurus kewangan keluarga. Puan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan di Unit Undang-undang Keluarga, Pejabat Agama Islam Daerah dan Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 71

message user image