BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, seseorang yang saya kenal suka melukis dalam bentuk kartun atau anime. Dia ingin menjual lukisannya atau membuat commission, tetapi dia risau sekiranya lukisan itu tidak menutup aurat atau mempunyai unsur lucah, duit yang dibuat dikira duit haram. Persoalannya adakah haram untuk menjual lukisannya sama ada ia mempunyai atau tidak mempunyai unsur lucah atau tidak menutup aurat?

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hukum melukis kartun atau anime adalah diharuskan pada asasnya sekiranya lukisan tersebut tidak menggambarkan realiti lukisan sebenar. Namun, sekiranya lukisan tersebut terdapat unsur-unsur yang bertentangan dengan syarak misalnya berbentuk lucah atau tidak menutup aurat maka ia tidak dibenarkan.  

Sepertimana lukisan berbentuk dakwah yang boleh mendekatkan orang lain kepada Allah SWT akan membuahkan pahala kepada pelukisnya, begitu juga lukisan yang melalaikan dan menjauhkan orang lain daripada Allah SWT akan mengakibatkan dosa kepada pelukisnya.

Justeru, pelukis perlulah sedaya upaya mengelak daripada menerima tawaran melukis lukisan yang tidak menepati syariat Islam bagi menjaga kesucian agama. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 113

message user image