Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Baru-baru ini saya menerima wang tuntutan insuran daripada kemalangan jalanraya dan ia berjumlah USD14,000. Apakah hukum zakat ke atas wang tersebut?
Terima kasih!
Jawapan
Sekiranya wang tuntutan ini berbentuk insuran konvensional dan bukannya takaful, maka pendapatan, dividen atau tuntutan yang diperolehi adalah tidak halal dan tidak boleh digunakan untuk sebarang perbelanjaan dan TIDAK WAJIB dizakatkan. Berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (Jawatankuasa Muzakarah MKI) Kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011 telah membincangkan Status Pampasan Polisi Insurans Konvensional Selepas Kematian Pembeli Polisi. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
Sila rujuk pautan berikut http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/index.php/main/mainv1/fatwa/pr/10274
Sekian, terima kasih