Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz/ustazah, saya nak kepastian. Apakah hukum memakai bulu mata palsu separa kekal (eyelash extension)? Ada yang berpendapat bahawa:
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, ingin dijelaskan terlebih dahulu bahawa eyelash extensions adalah satu kaedah yang digunakan bagi memanjangkan atau menebalkan bulu mata seseorang. Lazimnya, ia diperbuat dari bulu binatang yang dikira sebagai najis serta kaedah penyambungannya adalah dengan menggunakan glu/pelekat.
Justeru, pemakaian eyelash extension menggunakan bulu mata palsu separa kekal dengan menggunakan bahan berunsur najis dan gam yang menjadi penghalang air sampai ke kulit dan setiap bulu mata adalah haram kerana boleh menyebabkan tidak sahnya wuduk dan mandi wajib. Begitu juga haram memakainya dengan niat untuk menyerupai golongan yang bertentangan dengan Islam.
Walau bagaimanapun, dibolehkan memakai bulu mata palsu sekiranya ia menggunakan bahan selain bulu yang berunsur najis dan tidak menggunakan gam yang menghalang air untuk bersuci (sekiranya ada). Ini kerana bercantik dan berhias untuk suami itu adalah digalakkan.
Sekian, Terima Kasih.