BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Jika sudah berkahwin dan bercinta dengan isteri perempuan cina...dan telah terlanjur bersama banyak kali...adakah perlu minta maaf pada suami perempuan cina tu?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العلمين والصلاة والسلام علي أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Setiap manusia tidak terlepas dari kesalahan. Maka, teruskan bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan mintalah kepada Allah SWT supaya Allah menerima taubat yang dilakukan. Menyesali atas perbuatan yang dilakukan, berhenti daripada melakukannya serta berazam untuk tidak mengulanginya kembali. Ketahuilah Allah benar-benar memberi keampunan kepada sesiapa yang memintanya.

Merujuk kepada pertanyaan saudara, sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لَا يَسْتُرُ اللَّهُ عَلَى عَبْدٍ فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. (Riwayat Muslim)

Ini adalah salah satu antara tanda kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-Nya iaitu Allah menyembunyikan aib hamba-hamba-Nya di dunia. Hal ini termasuk dosa-dosa yang dilakukan seseorang sepanjang hidupnya. Tiada sesiapa yang mengetahui tentang aib seseorang sehingga orang itu membongkarkannya kepada orang yang lain. Jika seseorang telah melakukan zina dan meninggalkan dosa tersebut lalu membongkarnya maka lebih besar mafsadah (kemudaratan) yang mungkin akan berlaku kepadanya. Kesannya, akan timbul perselisihan yang besar antara suami isteri, pergaduhan antara keluarga, hilang rasa hormat terhadap pasangan atau orang lain, tersebar berita yang boleh menganggu ketenteraman keluarga seseorang, malah boleh membawa kepada perkara yang dahsyat iaitu berlakunya pembunuhan atas sebab dasar tidak berpuas hati atas kesalahan itu. Dari itu, tidak disarankan bagi mana-mana orang untuk memberi tahu kepada orang lain mengenai dosa atau kesalahan yang mereka lakukan secara sembunyi kepada orang lain. 

Apa yang penting teruskan bertaubat kepada Allah SWT, dan semoga Allah mengampuni dosa dan mengurniakan rahmat kepada orang yang berusaha bertaubat kepada-Nya. Diriwayatkan daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda:

 كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ، وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ

Maksudnya:Setiap manusia pasti berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat. (Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Ibn Majah dan Ibnu Hibban)

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 98

message user image