Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Jika saya tersalah baca sebahagian dari tahiyat akhir perlukah saya ulang daripada awal ataupun ulang bahgian yang salah itu sahaja.
Bagaimana pula dengan al fatihah jika saya tersalah sebut satu kalimah perlukah saya ulang dari awal ayat atau dari tempat saya berhenti? Contohnya pada surah al fatihah ayat 7 saya tersilap pada dua kalimah terakhir iaitu "waladdollin" perlukah saya ulang dari ghairilmaghdu atau daripada mula iaitu siratollazi.
Jawapan
Seperti yang diketahui, membaca tahiyyat akhir adalah salah satu rukun solat. Jika tersalah sebut atau baca sehingga boleh mengubah makna bacaan tahiyyat akhir, ia akan menyebabkan solat tidak sah. Walau bagaimanapun, dalam bacaan tahiyyat akhir yang wajib dan dikira rukun adalah bacaan berikut:
Adapun baki bacaan selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad SAW serta kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya adalah sunat ab'ad.
Bagi menjawab soalan yang diajukan, Jika tersalah baca pada mana-mana bahagian rukun tahiyyat akhir, maka perlu ulang pada kalimah atau perkataan yang salah sahaja kemudian lengkapkan bacaan. Tidak perlu untuk ulang daripada awal tahiyyat.
Begitu juga bacaan al-Fatihah, jika tersalah baca maka perlu ulang pada kalimah yang salah sahaja kemudian lengkapkan bacaan. kecuali jika tersalah susunan bacaan, maka perlu ulang daripada awal surah al-Fatihah semula. (rujukan: Qut al-Habib al-Gharib)
Sekian, terima kasih.