Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalammualaikum Tuan, Situasinya begini tuan, saya sedang siap-siap utk solat dan masa itu juga saya tringat semula dialog2 saya semasa berjumpa dengan Darusyifa sebelum ini..Tujuan saya berjumpa dengan Darusyifa adalah kerana saya kerap mendengar bisikan2, dan semasa saya memejam mata utk takbiratul ihram kerana terdengar bunyi hair dryer di ruang tamu,saya seakan akan terdengar suara saya atau suara dalama hati menyebut AKU CERAI dan saya tidak tahu dan tidak yakin samada suara saya sendiri atau sekadar suara dalam pmikiran saya sahaja.
Soalah saya adakah jatuh talak sekiranya menyebut AKU CERAI, saya tidak berniat dan tidak tujukan kepada sesiapa2 sebutan itu..sekian terima kasih.
Jawapan
Berdasarkan situasi yang diterangkan, talak tidak jatuh dan tidak berlaku perceraian. Hal ini kerana, jika diucapkan "Aku Cerai" sahaja tanpa ditujukan kepada isteri, ia tidak dikira talak. Antara syarat talak adalah si suami mesti tujukan lafaz talak kepada isteri. Begitu juga lintasan atau kata-kata cerai di dalam hati tidak menyebabkan jatuh talak.
Sekian, terima kasih.