BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum

Sy ada soalan 

1.Selepas shj selesai bersama suami sy dapati atas cadar ada darah(haid).walaupun sebelum bersama ada rasa diperut sprti nak dtg haid cuma tiada tanda2 warna,bau cairan darah haid. Apakah hukumnya?

Mohon pencerahan.terima kasih 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, tidak dikira berdosa kerana isteri meyakini bahawa ketika bersama, isteri masih dalam keadaan bersih atau suci dari haid. Justeru, isteri hanya perlu melaksanakan mandi wajib atau mengangkat hadas besar setelah suci dari haid.

والله أعلم بالصواب

 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image