BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya bekerja sebagai guru pendidikan khas, mengajar kanak-kanak istimewa/berkelainan upaya di sebuah pusat persendirian perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak di tempat saya datang dari pelbagai latarbelakang, kaum mahupun agama. Soalan saya adalah, jika kanak-kanak dari keluarga bukan islam, yang diberi makan khinzir, apakah hukum membasuh najis kanak-kanak tersebut?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, khinzir dikategorikan sebagai najis mughallazah. Namun begitu,  seseorang yang makan khinzir najis yang keluar daripadanya tidak dikategorikan sebagai najis mughallazah tetapi ia adalah najis mutawassitah. Menurut persoalan, tiada masalah untuk membersih dan menyucikannya sebagaimana penyucian najis mutawassitah. Ain najis tersebut perlu dihilangkan terlebih dahulu, kemudian hendaklah dibasuh dengan air mutlak sehingga hilang sifat najis (bau, warna, rasa) serta diyakini ia bersih dan suci. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 64

message user image