BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, sy ingin bertanya tentang warna coklat yang keluar sebelum haid.

Selepas selesai solat zohor tadi, sy perasan ada keluar cecair berwarna coklat kehitaman yg sedikit. Setelah sy basuh, warna tersebut dah tak keluar lagi. 
 

Tarikh haid sy sepatutnya lagi 4 - 5 lagi. Jadi sejak dari keluarnya warna coklat itu tadi sy tidak menunaikan solat asar dan maghrib kerana kelira samada itu darah haid atau tidak. 
 

Mohon beri penjelasan pada sy samada sekiranya itu tidak dikira haid, adakah sy perlu menggantikan solat asar dan maghrib yg telah sy tinggalkan tadi


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara asasnya, darah berwarna coklat kehitaman termasuk dalam kategori darah haid yang kuat sifatnya meskipun sedikit. Merujuk kepada soalan yang diajukan, sekiranya tempoh suci telah lengkap 15 hari atau lebih, maka darah tersebut dikira darah haid. Oleh itu, solat asar dan maghrib tidak perlu diganti.

Sekiranya tempoh suci kurang daripada 15 hari, maka darah tersebut dikira baki dari istihadhah. Justeru, solat asar dan maghrib tersebut wajib diganti. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 63

message user image