Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum WBT,
Pada baru-baru ini saya diri saya ditimpa musibah, saya terlanggar anjing dan najis nye terlekat di rim kereta dan sedikit terpercik di pintu kereta.Saya mengambil langkah sertu bahagian terkena dibantu adik lelaki saya tetapi ujian allah untuk saya, saya mengalami was2.
Kes pertama: Saya was2 jika semasa menyertu kereta ade terpercik najis itu dibaju sy.Jadi sy mengambil langkah untuk menyertu baju sy dan juga saya menyertu seluruh badan saya 2kli dan tiba2 seminggu kemudian sy dtg lagi was2 saya mandi sertu kali ketiga kerana was2 tidak sah kerana terfikir di rambut saya ada air mani suami saya kerana saya berhubungan malam semasa melanggar anjing itu dan belum sempat mandi wajib .Akn tetapi terasa ada najis yang tak nampk dimata dibadan saya dan memikirkan pakaian yang saya pakai setelah kali kedua mandi sertu itu adakah ade najis atau tidak.
Kes kedua: Saya menjadi was2 jika ketika saya sertu tidak sah.Dan membimbangi najis munghallazah tersebut tersebar yang saya tak nampak dengan mata kasar. Dan akibat penat menyertu pakaian yang saya rse ada saya memilih untuk buang sahaja.
Kes ketiga:Saya menjadi was2 terhadap selipar yang adik saya gunakan ketika menyertu najis tersebut sedangkan dia telah meyakinkan saya bahawa selipar nye telah suci kerana dia menyucikan dengan air tanah satu kali dan juga 6x air mutlak.Tiba2 ptg itu saya melihat selipar itu di ats tangga membuatkan saya was2 jika najis tadi terlekat.
3 kes ini menyebabkan saya menjadi gusar dan anxiety apabila memikirkan jika ibadat saya tidak diterima dan ibadat org lain tidak diterima akibat daripada najis yang saya tak nampak tetapi sy menyentuh mereka dlm keadaan basah atau kering selepas 2 kali sertu seluruh badan sy.Mohon pencerahan untuk menenangkan hati saya terima kasih.
Jawapan
Bersuci itu wajib apabila diyakini sesuatu tempat itu terdapatnya najis dari segi ainnya, warna, bau atau rasa. Penyucian ke atas tempat-tempat yang diyakini terkena najis itu dilakukan apabila najisnya jelas kelihatan seperti tahi, air kencing atau selainnya sehingga hilang warna, bau dan rasa.
Merujuk kepada persoalan tuan, Islam menghukum berdasarkan sesuatu yang jelas sahaja. Sehubungan itu, jika najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan:
Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.
Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu suci dan tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka kekal ia suci. Oleh itu, merujuk kepada persoalan tuan:
1) Sertu Pakaian dan Badan: Sekiranya anda telah melakukan sertu dengan betul, maka pakaian dan badan anda dianggap sebagai suci. Anda tidak perlu menyertu pakaian atau badan lebih daripada yang diperlukan melainkan ada najis baru yang terkena.
2) Was-was adalah keraguan yang sering kali tidak berasas dan boleh mengganggu ketenangan hati. Dalam mazhab Syafi'i, anda disarankan untuk tidak terlalu fokus pada keraguan ini jika penyucian sudah dilakukan dengan betul. Jika anda telah menyertu pakaian dan badan anda, maka tidak perlu untuk mengulanginya kerana rasa was was.
Tidak disyaratkan orang yang menyertu dalam keadaan suci daripada hadas kecil atau besar. Orang yang di dalam keadaan berhadas kecil atau besar sah untuk menyertu.
3) Selipar yang dipakai semasa menyertu tidak menjadi bernajis sekiranya terkena air percikan atau air basuhan sertu, melainkan dengan PASTI terdapat najis yang melekat pada selipar tersebut. Jika tidak, maka selipar itu tidak perlu disertu.
Pengakuan adik yang mengatakan telah menyertu selipar tersebut adalah memadai dan tidak perlu untuk menyertunya semula kerana was-was atau khuatir terkena najis.
Sekian, terima kasih.