Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wm wb. Saya berumur 68 tahun (OKU) adalah pemegang polisi insuran perubatan Hospitalisasi Konvensional. Insuran ini adalah satu-satunya yang ditawarkan oleh AIA Berhad yang meliputi warga emas lingkungan umur melebihi 60 tahun hingga 100 tahun. Liputan umur lanjut begini tidak disediakan oleh TAKAFUL dan syarikat Insuran lain. TAKAFUL hanya menawarkan polisi dibawah umur 60 tahun sahaja. Saya pula tidak diterima untuk memegang polisi dari sysrikat insuran lain jika pun ada kerana mempunyai rekod penyakit berat.
Saya masih jahil dalam bab ini. Mohon pencerahan dari pihak tuan.
Saya mudah dihubungi melalui email marzukiu@gmail.com dan atau WhatApps 012-2834106.
Maaf saya tidak boleh bersuara kerana kecacatan pita suara. Sukacita dapat berhubung hanya melalui teks.
Terima kasih.
Jawapan
Pada asasnya, mengambil sebarang bentuk polisi insurans konvensional adalah haram di dalam Islam kerana ia mengandungi unsur gharar dan perjudian. Perkara ini sebagaimana diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia keli ke-16 yang bersidang pada 15-16 Februari 1979, yang memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan Syarikat Insuran adalah haram.
Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada perlindungan rawatan perubatan dengan syarat berikut:
1. Terdapat keperluan mendesak kepada perlindungan rawatan perubatan tersebut. Tidak mengambil perlindungan tersebut menyebabkan kemudharatan atau kesukaran yang nyata.
2. Telah dipastikan tidak terdapat mana-mana Syarikat Takaful yang menawarkan perlindungan rawatan perubatan tersebut. Jika ada, kos yang dikenakan oleh Syarikat Takaful sangat tinggi dan di luar kemampuan.
Sekian, terima kasih