BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya bakal membuat ibadah aqiqah untuk anak perempuan saya. Soalan saya, bolehkah saya memasak daging kambing aqiqah tersebut bersama daging kambing biasa dalam satu masakan ? Ini kerana berat purata kambing hanya 10kg-15kg sahaja jadi saya nak tambah daging kambing biasa untuk lebihkan juadah. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan tuan, aqiqah adalah ibadah yang dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT atas kelahiran seorang anak. Daging aqiqah disunatkan untuk dimasak dan diagihkan kepada golongan fakir miskin, saudara-mara, dan jiran-jiran. Oleh itu, harus memasak daging aqiqah bersama daging biasa dalam satu masakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 60

message user image