BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Salam. Untuk pengetahuan saya berhijrah ke bukan negara penganut ajaran Islam. Apa hukumnya membeli makanan mentah seperti ikan di pasar raya yang ditimbang menggunakan timbang bekas haiwan haram. Penimbang juga bukan muslim yang berkemungkinan mengendalikan haiwan najis.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan, harus beli ikan walaupun penjualnya non muslim. Ini kerana ikan bukanlah binatang yang mesti disembelih. Adapun ikan yang ditimbang menggunakan timbang bekas haiwan yang bernajis seperti anjing dan khinzir, maka ikan tersebut juga bernajis. Seeloknya belilah di tempat yang diyakini bersih. Boleh juga bawa plastik yang boleh pakai buang ketika ikan tersebut diitmbang bagi menjaga kebersihan ikan tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image