BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

saya ingin bertanya kemusykilan terlebih dahulu saya bekerja admin dengan sebuah Koperasi di Malaysia yang memiliki estet di beberapa negeri. ada diantara estet dibangunkan projek perumahan.

projek perumahan tersebut dilaksanakan secara Joint Venture dgn melantik kontraktor. Pihak kontraktor yang mengurus pembinaan marketing dsbgnya. 

selepas hakmilik individu setiap rumah dikeluarkan oleh Pejabat Tanah saya ditugaskan bahagian Penyempurnaan SuratCara Hakmilik iaitu urusan mengenai Pindahmilik Tanah kepada pemilik/pembeli rumah.

dalam situasi saya ada dikalangan pembeli/peminjam yang ingkar dalam pinjamannya spesifiknya yang mengambil pinjaman konvensional. maka bank konvensional melalui peguamnya akan menghantar

surat memohon kepada kami pihak Pemaju bagi mengeluarkan Surat Keizinan/Kebenanaran/Akujanji untuk melelong harta tersbt. persoalannya adakah dalam situasi saya yang perlu berurusan dgn pihak

bank konvesional bg mengeluarkan surat jaminan lelong dan akan memindah milik harta tsbt sekiranya ada pembida nanti dikira bersubahat dan tolong menolong dan golongan yang terlibat dalam perkara riba.

adakah saya perlu berusaha mencari pekerjaan lain yang tiada kaitan dengan perkara tersebut.

 

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Mengikut kepada situasi yang diterangkan, puan tidak terlibat secara langsung dengan perbankan konvensional. Sebagaimana yang difahami, skop kerja puan adalah berkaitan penyempurnaan suratcara hakmilik iaitu urusan mengenai pindahmilik tanah kepada pemilik/pembeli rumah. Urusan puan dengan perbankan konvensional hanyalah untuk mengeluarkan surat jaminan lelong dan pindah milik sahaja.

Namun sekiranya urusan puan ada kaitan dengan pinjaman termasuk menguruskan atau mempromosikan, maka ia boleh termasuk dalam bertolong-tolong pada perkara maksiat (riba) dan ia adalah haram.

sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 275:

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا ۗ وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا ۚ

Maksudnya: Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.

Oleh itu, pekerjaan yang dilakukan pada waktu ini tidak terlibat dengan urusan riba, namun perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak terlibat dengan sebarang urusan yang boleh menyebabkan pendapatan yang diterima menjadi bercampur-campur antara halal dan haram dan boleh memyebabkan hilang keberkatan pada harta yang diusahakan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 101

message user image