Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya mempunyai was was. Sewaktu solat, saya merasakan seperti ada air yang di kemaluan, tidak pasti keluar atau hanya bermain main di hujung kemaluan. Saya berhenti untuk memeriksa tetapi tidak nampak apa apa lalu saya kembali memulakan solat saya. Selepas solat, saya ada menghidu karpet tempat saya berdiri solat tadi, saya merasakan seperti tiada bau namun seingat saya, saya ada melakukan jari di kemaluan, saya menghidunya seperti ada bau yang tajam selepas beberapa lama meletakkan jari di hidung namun Kali kedua saya menghidunya, saya merasakan bau itu sudah hilang. Saya ada pergi membasuh tangan di dapur namun saya was was sama ada jika najis tersebar ke tombol pintu dapur kerana jika hendak menggunakan sinki, perlu membuka pintu dahulu. Saya khuatir najis tersebar kepada ahli keluarga lain yang memegang tombol pintu itu.
Kejadian kedua, pada Malam tadi, saya ada merasakan seperti air kencing yang hendak keluar tetapi seperti lebih yakin tidak terkeluar. Sewaktu saya merasakan seperti air keluar di kemaluan itu, saya merasakan juga seperti sedikit sahaja kulit testical saya itu terasa Sejuk atau bergerak. Namun saya tidak melayannya. Tetapi sehingga hampir mahu tidur saya kembali was was lalu menghidu selimut yang mengenai testical saya itu. Seingat saya, selimut saya tidak terkena hujung kemaluan cuma hanya testical sahaja. Saya menghidunya Dan kejadian sama terjadi di mana setelah beberapa detik menghidunya, saya terbau seperti tajam, namun setelah saya menghidunya Kali kedua, bau itu seperti tiada. Saya was was jika benar ada najis, ianya akan tersebar kerana ketika itu, saya tidur di atas sofa di ruang tamu, khuatir akan tersebar najis ke sofa.
Saya merasakan jika saya tidak menghidu lebih baik untuk masalah was was saya kerana ianya membawa lebih banyak was was Dan ketakutan kepada najis yang saya tidak dapat lihat. Jika saya meyakinkan diri saya tanpa menghidu akan menjadi lebih baik. Mohon pendapat pihak tuan/puan. Terima kasih. Assalamualaikum.
Jawapan
Menjawab soalan yang diajukan, dalam meletakkan hukum bagi sesuatu itu perlu kepada kepastian. Oleh itu, seandainya tidak dapat dipastikan terdapat ain najis seperti kencing yang melekat pada tubuh, atau hanya andaian atau waswas semata-mata, maka hukum asalnya masih kekal suci.
Hal ini bertepatan dengan kaedah fiqah dan tuntutan dari syarak iaitu:
Maksudnya: Keyakinan itu tidak dapat dihilangkan disebabkan oleh syak (ragu-ragu).
Sekian, terima kasih.