BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Ada satu hari tu semasa memakai pakaian darah haid mengalir dan terkena pada seluar. Jadi seluar tersebut tak dibasuh serta merta kerana tidak dipakai untuk solat.tetapi pada hari tersebut juga dia mencuci pakaian yang lain, air telah menyebabkan seluar yang terkena darah sudah kering  itu basah sehingga ada air yang meninitik. Dia berjalan keluar dari tandas dan masuk ke tandas semula.persoalannya adakah kawasan yang dilalu menjadi najis oleh sbb hal itu.(Air yang meninitik kekal jernih tanpa warna).perlukah dia membasuh semua kawasan yang lalui.(Kejadian berlaku beberapa bulan lepas)


message user image

Jawapan  

.وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

.الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه اجمعين أما بعد

Merujuk perkara di atas, darah dikategorikan sebagai najis mutawassitah atau najis pertengahan selain daripada najis mukhaffafah (ringan) dan mughallazah (berat). Najis mutawassitah hendaklah dicuci dengan air mutlak dengan menghilangkan tiga perkara iaitu dari segi warna, bau dan rasanya. Sekiranya diyakini kawasan yang dilalui air tersebut suci melalui kesan air yang menitik dari segi warna, bau dan rasa  maka tidak perlulah untuk membasuh tempat tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image