BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Saya pernah membaca dan menonton video kuliah agama yang mengatakan sekiranya kita berbuat salah kepada orang dan meminta maaf tetapi maaf itu tidak diterima oleh orang tersebut atau kita tidak tahu sama ada maaf itu diterima atau tidak kerana orang itu berdiam diri maka kita boleh bersedeqah atas nama orang itu. Pahala sedeqah atas nama orang itu akan menjadi persiapan untuk akhirat kelak di mana jika orang itu menuntut balasan maka kita boleh mengatakan bahawa kita telah bersedeqah untuknya di dunia jadi In Syaa Allah kita akan selamat di akhirat kelak. Persoalan saya ialah adakah boleh kita sedeqah atas nama orang bukan Islam jika maaf kita tidak diterima oleh orang bukan Islam tersebut?

Sekian Terima Kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Secara umumnya, apabila melakukan kesalahan atau menganiaya orang lain, hendaklah seseorang itu bersegera meminta maaf kepada orang yang dianiaya tersebut. Dengan memohon maaf, banyak kebaikan yang akan diperolehi seperti tiada dendam daripada orang yang dianiaya bahkan akan lebih mengeratkan hubungan sesama manusia dengan pengakuan kesalahan tersebut. Pelaku yang bersalah hendaklah berusaha untuk meminta maaf dengan penuh ikhlas dan bersungguh-sungguh serta memohon kepada Allah semoga orang yang dianiaya tersebut lembut hati untuk menerima permohonan kemaafan tersebut. Menurut persoalan, permohonan maaf ini merupakan perbuatan yang dilakukan sebagai menjaga hubungan antara manusia dengan manusia. Ia berbeza dengan sedekah yang membawa maksud suatu pemberian secara ikhlas kepada individu lain atau orang yang memerlukan sebagai perbuatan baik dan mengharapkan ganjaran pahala daripada-Nya. Bersedekah bukanlah suatu wasilah bagi menggantikan kemaafan seseorang. Namun bersedekah adalah satu cara mendekatkan diri kita dengan Allah SWT dan menambah amal kebaikan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 124

message user image