Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya ada hutang kredit kad pada tahun 2005, saya tidak bayar kerana saya sakit. Pada 2014 saya dah agak sihat dan boleh bekerja. Saya dapat surat dari bank menyatakan hutang saya mencecah rm50k padahal limit kad kredit saya rm5k dan saya pakai pun belum sampai limit. Sekarang saya bayar rm300 sebulan. Memang sampai bila pun tak akan habis sebab bunganya makin meningkat. Soalnya, mana yang wajib saya bayar, yang RM5k++ atau yang RM50k+++?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, bagi bayaran hutang kad kredit, ia wajib dibayar sebagaimana perjanjian yang dimeterai semasa memohon kad kredit tersebut termasuk faedahnya. Jika terdapat keraguan dan unsur penyalahgunaan kad kredit yang didaftarkan di atas nama tuan, sebaiknya hendaklah berhubung terus dengan pihak bank berkenaan, ataupun tuan juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan panduan berkenaan perkara ini dengan pihak Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berdekatan, atau hubungi AKPK Negeri di talian 03-26167766. Adalah dinasihatkan supaya menggunakan kad kredit yang patuh syariah, tiada riba’ dan tidak menzalimi. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.