BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM SAYA NAK TANYA 

KALAU DENGAN PAKCIK SAUDARA TIRI (ADIK TIRI AYAH SAYA) BOLEH SALAM KE?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, hanya ayah tiri sahaja yang menjadi mahram disebabkan perkahwinannya dengan ibu kandung saudari. Bermakna, bapa saudara tiri (adik-beradik lelaki tiri ayah) adalah bukan mahram kerana bukan darah daging atau tidak hubungan kerabat. Justeru, tidak boleh bersalaman dan wajib menjaga batas aurat dan pergaulan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 107

message user image