BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Tuan/Puan 1)ada kucing berak di lantai bilik lalu ibu saya telah mengelapnya dengan kain selepas itu saya dapati masih terdapat kesan najis disitu lalu ibu saya mengemop kawasan itu dengan mop yang kering dan sabun,saya telah memberitahu ibu saya bahawa kawasan tersebut masih ada kesan najis sebelum ibu saya mengemop kawasan tersebut  tetapi ibu saya menafikan hal tersebut dan hanya menuangkan air sabun ke kawasan tersebut dan membiarkannya kering,persoalannya apakah hukum air sabun tersebut telah menjadi mutanajis  2)adakah lantai tersebut kena najis hukmi 3)sebelum ibu saya membasuh mop itu saya dapati ibu saya meletakkan mop itu di lantai yang kering persoalannya adakah najis itu berpindah?hal ini telah menyebabkan saya risau dengan kebersihan lantai rumah saya.


message user image

Jawapan  

 وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Tindakan mengelap menggunakan mop atau tisu basah semata-mata bagi membersihkan najis adalah tidak dianggap sebagai menyucikan najis dan ianya tidak sah. Cara yang betul bagi menyucikan tempat yang terkena najis adalah dengan membuang terlebih dahulu ain najis tersebut dengan menggunakan tisu atau kain bersih sehingga hilang najis itu. Kemudian dialirkan/ tuang air ke atas kawasan yang terkena najis itu sekadarnya dengan air mutlak, iaitu air itu mengalir di tempat terkena najis tadi, lalu dikeringkan kawasan tersebut dengan menggunakan kain atau mop bersih yang lain sehingga tiada kesan bau dan warna. Setelah proses itu dilakukan, maka kawasan yang terkena najis telah bersih dan suci daripada najis.

Namun, merujuk kepada persoalan puan, 

1) Tindakan ibu tersebut adalah sekadar menghilangkan ain najis sahaja pada lantai tersebut dan tidak menyucikan kawasan tersebut daripada najis kerana tidak dialirkan air mutlak pada kawasan yang bernajis. Air sabun yang dituangkan pada tempat yang telah dihilangkan ain najis adalah tidak menjadi mutannajis.

2) Lantai tersebut telah bersih daripada najis kerana telah hilang ain najis serta kesannya seperti bau, warna dan rasa. Walau bagaimanapun, lantai itu belum suci kerana belum dialirkan air mutlak ke atasnya. 

3) Tiada najis yang berpindah daripada mop tersebut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 69

message user image