Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalaimualaikum, saya ingin bertanya bab Taharah. Kaki saya terkena jilatan anjing lalu saya melakukan sertu dengan air tanah sekali serta enam air mutlak. Selepas selesai melakukan sertu saya baru perasan air tanah saya gunakan bercampur dengan satu atau dua ekor cacing tanah(tidak dipastikan hidup atau mati) dari tanah yang saya ambil untuk sertu tersebut. Soalannya, adakah cacing tanah itu najis dan saya perlu mengulangi proses sertu tersebut ?. Sekian, Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, cacing adalah najis menurut fuqaha Syafiiyyah tetapi tidak oleh mazhab yang lain. Jabatan ini berpandangan sertu yang dilakukan adalah sah dan tidak perlu mengulangi proses sertu tersebut.
Sekian, terima kasih.