BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Sekiranya kita beli bahan mentah ayam ikan atau daging di pasar raya. Sudah tentu ada sisa darah sedikit terkena pada tangan dan plastik bungkusan. Adakah sisa darah yang ada pada plastik itu dikira najis dan adakah ia boleh berpindah najis itu? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan, darah merupakan salah satu najis yang perlu disucikan apabila terkena pada mana-mana kawasan, barang atau badan khususnya jika hendak menunaikan solat. Tangan yang terkena najis tersebut hendak dibersihkan dengan membuang ain, sifat atau warna darah tersebut. Kemudian, hendaklah dialirkan air hingga hilang bau, warna dan rasa. Begitu juga plastik tersebut yang terkena sisa darah daging. Jika ain darah tersebut berpindah kepada tempat lain, maka ia boleh menajiskan tempat tersebut juga.  

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih. 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 59

message user image