BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum tuan/puan, saya ada kemusykilan berkaitan solat Jumaat. Untuk makluman tuan/puan saya merupakan seorang anggota TLDM yang sedang bertugas di Pulau Layang-Layang (jarak lebih kurang 160 batu nautika@280km daripada Pangkalan TLDM Kota Kinabalu). Untuk penugasan di Pulau Layang-Layang akan dilaksanakan secara giliran (mengikut kumpulan, sekiranya kumpulan A di Pulau, kumpulan B berada di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu & sebaiknya) & secara puratanya seorang anggota akan bertugas lebih kurang 3 bulan sebelum pertukaran anggota dilaksanakan. 

Persoalan saya:

1. Sekiranya penugasan anggota melebihi 40 orang, dalam tempoh aman, adakah diwajibkan untuk menunaikan Solat Jumaat?

2. Sekiranya penugasan anggota kurang daripada 40 orang, adakah gugur kewajipan menunaikan Solat Jumaat?

Mohon pencerahan tuan/puan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, perlu diingatkan bahawa solat Jumaat fardhu ‘ain hukumnya ke atas mereka yang memenuhi syarat-syaratnya. Solat Jumaat di pelantar minyak tidak memenuhi syarat yang berkaitan dengan tempat dan permastautinan.

Pelantar minyak bukanlah bandar atau perkampungan yang mana berkumpulnya manusia untuk melakukan solat seperti satu bangunan yang boleh menghimpunkan komuniti setempat sama ada diperbuat dari simen, batu, kayu, tanah liat atau selainnya. Ini berdasarkan qaul mu’tamad di dalam kitab fiqh mazhab Syafi’e.

Begitu juga timbulnya isu bilangan jemaah yang mana di dalam mazhab al-Syafie, untuk menjadikan solat Jumaat itu sah perlulah tidak kurang dari 40 orang yang mana terdiri dari ahli Jumaah iaitu mereka itu mestilah lelaki, baligh dan bermastautin di tempat tersebut. Orang yang bermukim tetapi tidak bermastautin, tidak dikira sebagai sebahagian daripada 40 orang yang menjadi syarat sah solat Jumaat. Begitulah juga keadaan mereka yang bekerja di pelantar minyak kerana mereka bukanlah dikira sebagai golongan yang bermastautin.

Kesimpulannya, bagi mereka yang bekerja di pelantar minyak dalam tempoh yang lama, maka gugur hukum untuk mereka melakukan solat Jumaat kerana tidak memenuhi syarat sah solat Jumaat. Sebarang permohonan untuk mengadakan solat Jumaat, dinasihatkan pihak tuan untuk mendapatkan pandangan dan kelulusan daripada pihak berkuasa agama negeri terbabit.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 58

message user image