Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz,
Kalau saya pulang dari kerja di KL Sentral pukul 6:30pm dan tiba di rumah 8:30pm di Cyberjaya, maka saya akan terlepas solat waktu maghrib. Saya menggunakan pengangkutan awam, dan mengejar bas di stesen terakhir yg akan menamatkan perkhidmatan sebelum 9pm. Jarak antara tempat kerja sy ke rumah sy adalah dlm 32km.
Adakah sah untuk saya jamakkan solat maghrib bersama solat isyak pada waktu isyak?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, perjalan pulang puan tidak termasuk dalam sebab-sebab yang diharuskan untuk solat jamak. Dicadangkan kepada puan untuk menyelaras waktu pulang puan dengan waktu solat Maghrib sama ada bergerak sejurus selepas Maghrib atau bergerak lebih awal bagi menjaga waktu solat Maghrib. Disarankan puan untuk berhenti solat Maghrib di mana-mana stesen sebelum menyambung perjalanan semula atau solat maghrib di dalam kereta api bagi mengelakkan terlepasnya waktu maghrib yang singkat.
Sekian, terima kasih.