BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Semasa saya bekerja ada anjing jilat dan terkena pakaian dan kulit saya..pakaian dan kulit saya tersebut.saya tidak basuh dengan air tanah .dulu ... tetapi telah basuh dalam mesin basuh bercampur dengan pakaian lain yang tidak terkena jilatan anjing..... perkara ini saya melakukan berulang ulang kali.... sekarang adakah saya perlu basuh dengan air tanah semula Semua pakaian tersebut...


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, pakaian yang terkena jilatan anjing adalah termasuk di dalam kategori najis mughalazah. Oleh itu, cara penyuciannya mestilah dengan kaedah yang telah ditetapkan oleh mazhab Syafi'i iaitu dengan menghilangkan ain atau fizikal najis yang ada pada pakaian dan kemudian membasuh tempat yang terkena najis itu dengan air mutlak bercampur tanah dan kemudian membasuh sebanyak enam kali dengan air mutlak. Jika proses ini tidak dilakukan maka pakaian tersebut masih dianggap bernajis meskipun ain najis sudah hilang dan jika dibasuh dengan pakaian yang lain maka ia akan menyebabkan pakaian lain turut dihukumkan sebagai najis. 

Sebagai langkah penyelesaian, berikut adalah kaedah yang perlu dilakukan:

  • Dibasuh semula semua pakaian yang dikenalpasti termasuk mesin basuh yang digunakan dengan kaedah penyucian najis mughallazah, iaitu dimulai dengan air mutlak bercampur tanah dan enam kali cucian air mutlak.
  • Boleh gunakan cara praktikal seperti merendam pakaian dengan campuran air tanah terlebih dahulu sebelum mencuci seperti biasa.

Sekiranya langkah di atas tidak mampu dilaksanakan maka, bertaubatlah kepada Allah SWT atas kesilapan telah dilakukan, seterusnya sentiasalah berwaspada dengan permasalahan berkaitan dengan najis kerana ia memberi kesan kepada sah atau tidak ibadah-ibadah yang dilakukan. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.                                                                 


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 62

message user image