BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

ASSALAMUALAIKUM WTB USTAD,

PERTANYAAN BERKAITAN FARAID SUAMI & ISTERI 

SOALAN 1 : SUAMI MENINGGAL DUNIA MENINGGALKAN WARIS

  • ISTERI 
  • IBU
  • ANAK PEREMPUAN (1 ORG)
  • ADIK BERADIK LELAKI (4 ORANG)
  • ADIK BERADIK PEREMPUAN (8 ORANG)
  • ADIK BERADIK IBU SUAMI (2 ORANG)

SOALAN 2 : ISTERI MENINGGAL DUNIA MENINGGALKAN WARIS 

  • SUAMI
  • IBU
  • ADIK BERADIK LELAKI (1 ORANG)
  • ADIK BERADIK PEREMPUAN (5 ORANG)
  • ADIK BERADIK LELAKI ARWAH AYAH ISTERI (2 ORANG)
  • ADIK BERADIK PEREMPUAN ARWAH AYAH ISTERI (4 ORANG)
  • ADIK BERADIK LELAKI IBU ISTERI (5 ORANG)
  • ADIK BERADIK PEREMPUAN IBU ISTERI (4 ORANG)

USTAD, BOLEH BERI PENCERAHAN DIATAS, SIAPA YANG LAYAK DAPAT BAHAGIAN DALAM HUKUM FARAID

TERIMA KASIH 

​​​


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد 

Merujuk kepada situasi yang dikemukakan dan fakta kes yang diterima melalui panggilan telefon, waris yang layak ke atas harta pusaka si mati adalah sebagaimana berikut:

Soalan 1 : Sekiranya suami meninggal dunia, maka waris yang layak mewarisi harta pusakanya adalah :

Bil. Senarai Waris Bahagian 24 384 384
 1. Isteri          1/8     3     48     48
 2. Ibu          1/6     4     64     64
 3. Anak perempuan          1/2   12    192    192
 4. 4 Saudara seibu sebapa lelaki       Asobah     5      40     10
 5. 8 Saudara seibu sebapa perempuan       Asobah        40      5

Bagi waris bapa saudara serta ibu saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu suami) merupakan bukan waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah suami.

Soalan 2 : Sekiranya isteri meninggal dunia, maka waris yang layak mewarisi harta pusakanya adalah :

Bil. Senarai Waris Bahagian 6 42  42
 1. Suami           1/2     3      21      21
 2. Ibu           1/6     1       7       7
 3. 1 Saudara seibu sebapa lelaki        Asobah     2       4       4
 4. 5 Saudara seibu sebapa perempuan        Asobah        10       2

Bagi waris bapa saudara serta ibu saudara sebelah arwah ayah si mati (adik-beradik lelaki dan perempuan arwah ayah isteri) merupakan waris yang mahjub atau terdinding bermaksud seseorang waris itu gugur sama sekali haknya daripada mendapat harta pusaka dengan sebab adanya waris lain yang lebih hampir atau lebih kuat daripadanya. Manakala bapa saudara serta ibu saudara sebelah ibu (adik-beradik lelaki dan perempuan ibu isteri) merupakan bukan waris yang layak mewarisi harta pusaka arwah isteri.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan perancangan harta pusaka, tuan boleh merujuk ke bahagian Harta Baitulmal Majlis Agama Islam Selangor bagi khidmat nasihat yang lebih tepat. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 73

message user image