Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
saya nak tanya, saya bekerja di sebuah company chinese. mereka tidak menyediakan tempat solat. boleh ke untuk solat di pejabat sebab semasa pembukaan mereka ada pernah buat upacara sembahyang mereka.tapi keadaan office bersih dan tidak digunakan untuk sembahyang mereka
terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, tuan/puan boleh sahaja menunaikan solat dalam pejabat. Pastikan bilik pejabat yang digunakan untuk solat berkeadaan bersih dan suci.
Sekian, terima kasih.