BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin menyambung pengajian dalam bidang animasi, apakah hukumnya? Sekiranya saya melukis manusia, di tahap apakah ia akan menjadi haram? Sekiranya saya hanya melukis manusia dalam gaya Anime atau kartun tanpa menghadirkan sifat realistik adakah diperbolehkan?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menceburi bidang pengajian animasi sekalipun bekerja di dalam bidang tersebut adalah harus dan dibenarkan di dalam Islam bergantung kepada pembawaan lukisan atau animasi yang dihasilkan. Jika melukis tanpa menghadirkan sifat realistik dengan tujuan lukisan atau animasi tersebut adalah untuk hiburan yang positif, pendidikan, dakwah atau menyampaikan mesej moral, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Syeikh Yusuf al-Qaradawi berpendapat bahawa hukum mengenai gambar makhluk bernyawa seperti manusia dan haiwan bergantung pada tujuan pembuatannya:

  1. Haram jika gambar tersebut dibuat untuk disembah selain Allah SWT, untuk menyucikannya, untuk menyaingi ciptaan Allah SWT, untuk menggambarkan para Nabi dan Malaikat atau gambar-gambar yang tidak menutup aurat.
  2. Tidak diharamkan jika gambar tersebut tidak dimaksudkan untuk tujuan yang terlarang dalam Islam

الله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 76

message user image