BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya ingin bertanya tentang hukum berkaitan solah. (1) Bagaimana keadaan solah seseorang yang semasa ruku' dia tidak memegang lutut tetapi memegang betis (ke bawah sedikit dari lutut). (2) Jika dia menjadi imam, apakah yang terjadi dengan solat makmum.

Sekian, Jazakallahu khairan kasira.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Bagi menjawab soalan yang diajukan:

1) Memegang lutut semasa rukuk adalah sunat. Adapun memegang betis semasa rukuk boleh dihukumkan sebagai makruh kerana melebihi daripada perkara atau had yang disunatkan. Walaupun begitu, solat tersebut tidak terbatal.

2) Solat makmum adalah sah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 85

message user image