BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

1. Apakah hukum menggunakan printer masjid untuk kegunaan pribadi di masjid setelah mendapatkan kebenaran daripada AJK untuk menggunakan?
2. Bolehkah printer masjid di buka kepada umum dan mengenakan bayaran kepada kariah yang ingin menggunkannya sebagai mengambil kira kos penyelenggaraannya?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Harta yang dimanfaatkan di masjid adalah tabarru’ dengan harta atau manfaat ini hakikatnya amat dianjurkan oleh syarak. Ini kerana ia terbina di atas semangat saling membantu dalam perkara kebajikan seperti yang ditunjukkan di dalam firman Allah S.W.T dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ

Maksudnya: Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketakwaan.

Berkaitan persoalan yang ditanya:

  1. Sekiranya penggunaannya telah diberi kebenaran oleh AJK yang bertanggungjawab terhadap perkara tersebut, maka ia dibolehkan. Namun, perkara yang perlu diperhalusi adalah kadar penggunaan yang dikhuatiri boleh menyumbang kepada pembaziran. Oleh yang demikian, kewajaran penggunaan perlulah munasabah mengambil kira ia juga akan dimanfaatkan oleh ahli qariah yang lain.
  2. Mengenakan caj penggunaan juga adalah harus kerana alatan tersebut perlu diselenggara bagi tujuan dakwat (ink) dan lain-lain perkara yang diperlukan untuk memastikan alatan ini mampu berfungsi dengan baik. Caj juga diperlukan sebagai jaminan alatan tersebut akan dimanfaatkan sebaiknya dan tidak berlaku pembaziran.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 65

message user image