BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Asalamualaikum saya ada 2 pertanyaan 1)haritu ada anjing dekat kawasan masjid dan tong sampah' dekat masjid berselerak sampah' dekat situ saya pun membersihkan nya persoalan sampah ni basah disebabkan hujan dan belum kering adakah saya perlu sertu tangan saya atau basuh macam biasa

2)Lepas tu aku ada basuh tangan dan ambil tanah sedikit saya tidak mencampurkan tanah dgn air tapi saya basuh macam menggunakan sabun tanah tu dgn membilas tangan saya dengan 1 botol air mineral besar boleh kah saya buat macam ni sebab kawasan yg mungkin terkena najis tu mungkin hanya dekat jari saya sahaja kerana masa memungut sampah tu saya cuma menggunakan jari saya sahaja


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

...الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, 

Islam meletakkan sesuatu hukum itu adalah berdasarkan kepada sesuatu yang jelas, nyata dan yakin sahaja. Manakala bagi sesuatu yang tidak jelas, tidak nyata dan tidak yakin itu maka perkara tersebut adalah terkecuali dan tidak ada hukum. Sehubungan itu, jika kita menghukumkan sesuatu adalah bernajis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh menyatakan: 

اليقين لا يزول بالشك 

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihapuskan atau dihilangkan dengan sebab keraguan.

Ini kerana pada asalnya, sesuatu itu tidak bernajis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Oleh itu,

1) Jika tiada kepastian adanya najis anjing, tetapi sampah basah kerana air hujan atau kelembapan biasa, maka tangan anda tidak dianggap bernajis. Anda hanya perlu mencuci tangan seperti biasa dengan air bersih tidak perlu sertu.

2) Jika sekadar andaian sahaja jari terkena najis anjing, maka jari tersebut adalah kekal suci dan cukup sekadar dibersihkan dengan air mutlak.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 68

message user image