BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Bolih ke ADUN/orang politik  memberi/menyampaikan hadiah

semasa acara masjid dalam kawasan masjid.


message user image

Jawapan  

السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Dari segi hukum asal tiada masalah berkaitan acara-acara yang tidak terjerumus kepada maksiat untuk diadakan di masjid atau surau, bahkan ia digalakkan bagi pengimarahan. Namun, di Malaysia dan khususnya di Selangor telah mempunyai peraturan penglibatan ahli politik dalam program serta aktiviti yang diadakan di masjid. Berikut di bawa petikan jawapan YB Exco Agama dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010:

“Masjid tidak boleh digunakan sebagai gelanggang politik yang boleh menyakiti dan memecahbelahkan perpaduan ummah.

Mana-mana orang tidak terhad kepada pemegang tauliah ceramah dan mengajar, ahli-ahli parti politik atau wakil-wakil rakyat adalah tidak dibenarkan untuk memerihalkan dasar-dasar, program atau pendirian mana-mana parti politik mengenai apa-apa isu atau menyentuh peribadi mana-mana orang yang boleh menyakiti atau menyinggung perasaan mana-mana orang / jemaah / jemputan.

Bagaimanapun, wakil-wakil rakyat kawasan tempatan tidak dihalang untuk menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dan untuk menjelaskan dasar-dasar, program atau pendirian kerajaan negeri, tetapi tertakluk kepada larangan tersebut, wakil-wakil rakyat tidak boleh menyakiti atau menyinggung perasaan mana-mana orang / jemaah / jemputan.

Masjid hendaklah pada setiap masa dijadikan sebagai zon aman politik kepartian dan sebagai tempat umat Islam berhimpun secara aman tanpa perbezaan fahaman politik”.

ini bertepatan mentaati pemimpin sebagaimana dalam firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 59:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”

Oleh itu, adalah wajib mentaati pemimpin dan undang-undang yang berkuatkuasa sebagai langkah mewujudkan negeri yang aman dan tenteram.

والله أعلم بالصواب 

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 95

message user image