BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz, apakah hukumnya melepaskan burung yang dibela sejak dia berumur 4 minggu, kebajikannya dijaga (dimandikan &  diberi makanan & minuman yang berkualiti dan dia tidak pernah keluar rumah untuk mencari makanannya sendiri? Adakah berdosa jika sengaja melepaskan dia ke luar rumah dan tidak membelanya lagi? Alasannya kerana burung fitrahnya adalah terbang dengan bebas?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Islam sangat menekankan sikap ihsan terhadap haiwan termasuklah burung. Sememangnya fitrah kepada burung adalah hidup bebas dan terbang. Oleh itu, tidak berdosa melepaskan burung jika ia mampu hidup dengan baik di luar. Namun, sekiranya burung tersebut tidak lagi berupaya untuk mencari makanannya sendiri dan berpotensi untuk menderita atau mati, maka adalah lebih baik untuk terus menjaganya atau mencari solusi yang terbaik demi kebajikannya seperti menghubungi pihak perlindungan atau rehabilitasi haiwan supaya dapat membantu dalam proses melepasliarkan burung dengan cara yang lebih selamat dan bertanggungjawab.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 75

message user image