BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum. Saya ingin menanyakan hukum jual beli TCG (Trading Card Game) seperti Pokemon, One Piece dan macam-macam lagi. TCG menjadi hobi yang digemari oleh ramai orang termasuk orang-orang di Malaysia. 

Pembeli akan membeli pek TCG daripada penjual. 1 pek TCG dijual dengan harga RM30 hingga ratusan ringgit. Di dalam 1 pek TCG terdapat 6 - 8 keping kad yang diberikan secara rawak dan pembeli hanya mengetahui apakah kad yang diperolehi selepas membuka pek ini. Kad-kad tersebut membawa nilai-nilai tersendiri bergantung kepada penilaian pembeli dan penjual. Kad-kad ini biasanya dijadikan sebagai koleksi dan ada juga untuk dijual semula dengan harga yang berlainan bergantung kepada kad yang diperolehi.

Apakah hukum jual beli pek TCG ini?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

Salah satu daripada syarat sah jual beli adalah barang yang dibeli hendaklah jelas dan tidak mengandungi unsur gharar atau ketidakpastian sama ada barang yang dibeli akan diperolehi atau tidak, atau mungkin terdapat risiko mengalami kerugian yang besar, yang boleh membawa kepada unsur perjudian. Gharar itu disebut sebagai gharar fahish (gharar yang besar).

Merujuk kepada solan yang diajukan, menjual kad pokemon, one piece dan lain-lain secara pack kecil dengan kandungan kad 6 atau 8 keping secara rawak, iaitu kita tidak mengetahui jenis kad apa yang akan diperolehi, tidak dianggap sebagai gharar fahish (gharar yang besar) yang boleh menyebabkan tidak sah jual beli, sekiranya kesemua kad ini mempunyai nilai atau harga yang sama. Melainkan sekiranya terdapat kad-kad tertentu yang nilai atau harganya yang lebih mahal, maka ketika itu terdapat unsur perjudian.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 656

message user image