Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Apakah maksud tasarruf dari segi urus niaga mengikut undang undang islam
Jawapan
Jika yang dimaksudkan dengan tasarruf adalah (تصرف) ia bermaksud membelanjakan. Jika dimaksudkan dengan tasarruf adalah (تسرف) ia bermaksud membazir.
ِTasarruf (تصرف) dalam fiqh biasanya merujuk kepada individu yang boleh (dibenarkan) membelanjakan harta atau wang yang dimiliki. Transaksi yang dilakukan oleh individu yang baligh, berakal dan bijak mengurus pembelanjaan adalah sah jual belinya. Manakala transaksi yang dilakukan oleh kanak-kanak atau orang gila atau orang yang langsung tidak bijak mengurus pembelanjaan, jual beli mereka tidak sah.
Sekian, terima kasih.