BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, seorang rakan saya terlibat dengan kegiatan judi online dan telah pun bertaubat. Pada masa yang sama, dia mempunyai hutang dengan saya dalam kuantiti yang agak banyak dan ada antara wang saya digunakan untuk berjudi. Dia masih mempunyai beberapa barangan yang dibeli menggunakan hasil judi. Persoalan saya, bolehkah barangan yang dibeli menggunakan hasil judi itu dijual dan hasil jualan digunakan untuk membayar hutang saya? Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Menjual barangan hasil judi merupakan wang atau harta tidak patuh syariah. Wang daripada jualan barang hasil judi tersebut juga dikira harta tidak patuh syariah. Harta tidak patuh syariah tidak boleh diguna atau dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri dan harta tersebut perlu dibersihkan dengan diserahkan kepada baitulmal atau untuk kegunaan awam seperti membaiki jalan, menambah baik fasiliti sekolah dan sebagainya.

Bagi menjawab soalan yang diajukan, tidak boleh membayar hutang seseorang dengan menggunakan wang daripada harta tidak patuh syariah. Dalam konteks ini, wang daripada jualan barang hasil judi adalah harta tidak patuh syariah.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 

                                                                                                                           


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 102

message user image