Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum wbt. Saya ingin bertanyakan soalan, soalan saya iaitu .
Bolekah saya menganjurkan satu pertandingan memancing yang mana wang hadiah telah saya sediakan melalui wang poket saya sendiri terlebih dahulu kemudian pertandingan tersebut saya akan kenakan yuran dan yuran tersebut akan saya ambil untuk menggantikan duit poket saya yang telah saya gunakan untuk membayar hadiah pertandingan memancint tersebut. Adakah cara saya ini bercanggah dari segi hukum ugama? Mohon respon.. sekian terima kasih
Jawapan
Allah SWT berfirman dalam surah al-Ma’idah ayat 90:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Justeru, mengambil yuran peserta bagi tujuan hadiah kepada para pemenang ialah satu bentuk pertaruhan yang diharamkan kerana mengakibatkan kerugian melalui nasib atas pihak yang kalah. Maka, dicadangkan agar penganjur mencari penaja untuk menaja hadiah para pemenang. Adapun, yuran peserta boleh digunakan untuk membayar semula duit yang telah didahulukan tadi dan dimanfaatkan untuk kegunaan urusan pentadbiran pertandingan.
Perkara ini telah diperhalusi sebagaimana dalam Garis Panduan Berasaskan Hadiah yang dikeluarkan oleh JAKIM pada tahun 2013.
Sekian, terima kasih