BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

1) Apakah hukum development game, seperti membuat aplikasi game untuk play store, computer dan sebagainya. Adakah duit yang diperoleh adalah duit yang halal?

2) Hukum melukis karakter anime terutama sekali karakter perempuan. Adakah dibolehkan sekiranya karakter tersebut tidak menutup aurat seperti tidak bertudung atau memakai seluar pendek?

Terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, 

  1. Dalam Islam, hukum asal sesuatu perkara yang tidak melibatkan perkara haram adalah harus termasuklah pembuatan aplikasi permainan selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak. Pendapatan daripada membuat aplikasi permainan yang diharuskan adalah halal. Sebaliknya, jika permainan mengandungi elemen yang haram seperti terdapat unsur judi, unsur lucah atau keganasan melampau, maka pendapatan tersebut juga menjadi haram kerana bersumberkan perkara yang tidak dibenarkan syarak.

  2. Melukis karakter anime yang tidak menutup aurat adalah bertentangan dengan nilai Islam dan boleh membawa kepada penyebaran budaya yang tidak sopan. Namun diharuskan untuk melukis karakter anime yang patuh syarak seperti menutup aurat, tidak memaparkan unsur maksiat, menerapkan elemen dakwah dan moral serta menjauhi perkara yang melanggar batas agama).

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 78

message user image