BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum WBT Tuan Mufti.

Mohon izin untuk bertanya, saya ada satu kemusykilan berkenaan dengan upah.

Apa hukumnya jika seseorang yang bekerja di pejabat atau mana-mana tempat sekalipun, mengupah individu lain untuk melakukan tugasnya itu ? Atau mengupah individu lain untuk membantunya dalam pekerjaan tersebut ?

Contohnya, dia perlu melakukan kerja Data Entry (admin). Dan dia mengupah orang lain untuk membantunya menyiapkan tugas tersebut, Adakah dibolehkan ?

CATATAN TAMBAHAN :- Tugas tersebut hanyalah tugas rutin. Tiada sebarang penilaian untuk kenaikan pangkat seperti ujían atau peperiksaan dan sebagainya.

Mohon pencerahan pihak Mufti. Saya ucapkan ribuan terima kasih.

Assalamualaikum wbt.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Riwayat Abu Hurairah, sabda Nabi Muhammad SAW:

الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ

Maksudnya: Umat Islam wajib mematuhi persyaratan yang telah mereka sepakati(Riwayat Ab Daud)

Tiada masalah untuk mengupah seseorang untuk membantu selagimana kaedah dan upahnya telah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Namun sekiranya tidak terkawal, ditakuti boleh menjurus kepada penipuan tanggungjawab serta terdedah dengan kebocoran maklumat pekerjaan sekiranya pembantu itu ‘orang luar’.  

Perkara ini sewajarnya diketahui serta dimaklumkan terlebih dahulu kepada majikan supaya keterjaminan dokumen terjaga dan tiada kebocoran maklumat syarikat kepada pihak luar. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 85

message user image