Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum Ustaz,
Saya ingin bertanya mengenai hukum jual beli sebagai juru jual. Saya adalah seorang juru jual yang bekerja di syarikat menjual motosikal berkuasa tinggi yang terkemuka di Malaysia.
Setiap bulan boss saya akan menyuruh saya untuk menjual 1 biji motosikal berkuasa tinggi yang boleh dikatakan paling hot di dalam pasaran Malaysia. Jika pelanggan mahu membeli motosikal ini mereka harus menunggu bertahun tahun untuk mendapatkanya kerana demand yang terlalu tinggi.
Boss saya menyuruh saya menjual motosikal ini dengan harga yang lebih tinggi dari harga biasa kerana 1 motosikal ini kami jual ready stocks, tidak perlu tunggu untuk mendapatkanya. Harga asal RM 80k tapi ready stocks kedai menjual sebanyak RM 85k.
Saya pula akan mengambil kesempatan dengan menjual kepada pelanggan yang berminat dengan harga yang lebih tinggi kerana saya ada unit yang terhad untuk motosikal ready stocks ini. Dengan penjualan yang lebih ini saya akan dapat extra commission untuk diri saya juga. Saya akan menjual dlm lingkungan RM 88k ke RM 91k, lebihan duit jualan akan diambil saya untuk extra commission. Saya tak paksa pelanggan untuk membeli, tapi kebanyakan mereka akan membeli dengan harga tersebut.
Apakah hukum jual beli diatas, adakah halal disisi Islam. Mohon pencerahan Ustaz.
Terima kasih.
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, menjual barang dengan harga yang lebih mahal dari harga beli bagi tujuan keuntungan adalah harus dan tidak dikira sebagai riba'. Ia juga bukanlah satu bentuk kezaliman bahkan itulah takrif bagi bagi tijarah atau jual beli:
Maksudnya: Suatu ibarat berkenaan membeli sesuatu dengan tujuan menjualnya (semula) untuk mendapatkan keuntungan.
Selain itu, akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling redha-meredhai (التراضي) semasa memeterai akad. Jumhur fuqaha’ bersepakat bahawa prinsip saling redha-meredhai merupakan syarat sah akad. Dalil al-Quran adalah menerusi firman Allah SWT di dalma surah an-Nisa’ ayat 29:
Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu.
Justeru, dapat disimpulkan bahawa mengambil untung dalam perniagaan bukanlah sejenis riba dan diharuskan selagi mana tidak membawa kepada penindasan dan kezaliman. Selain itu, jual beli yang dibuat adalah berdasarkan saling redha-meredhai (التراضي) antara penjual dan pembeli dan tiada unsur paksaan sehingga membebankan pembeli kerana tiada unsur pilihan di situ. Adapun mengambil komisyen dari jualan tersebut adalah harus di sisi syarak sekiranya barang jualan tersebut berupa halal maka mengambil komisyen juga halal. Selain itu, mengambil komisyen juga adalah persetujuan antara tuan dan company maka perlu diberi makluman berkenaan penentuan anggaran tertentu yang diterima secara terperinci.
Sekian, terima kasih.