Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum ustaz. Saya nak tanya, saya baru pindah bilik dan penghuni sebelum ini memakai kasut dalam bilik tersebut. Tapi saya dapat tahu bahawa kasut bukan antara najis. Jadi saya menghiraukan dan menganggap lantai tersebut sebagai suci. Bila saya tanya semula penghuni sebelum ni adakah kasut yang digunakan termasuk kasut yang dipakai di tandas. Rupanya mereka turut menggukan kasut tandas dalam bilik tersebut. Jadi persoalan saya adakah solat yang saya dirikan selama ini tidak sah? Adakah saya perlu mengqadanya semula?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan, sesuatu tempat itu suci apabila diyakini bahawa tiada najis melalui ain, warna dan rasa padanya. Namun jika tidak dapat dipastikan sama ada yang dipijak oleh bekas penghuni itu najis ataupun bukan najis, maka para ulama telah memberikan garis panduan berkenaan perkara ini. Di antaranya adalah kaedah yang masyhur iaitu :
Maksudnya : Asal bagi satu hukum adalah mengekalkan dia sepertimana hukum sebelumnya.
Berdasarkan kaedah ini, apabila tiada bukti yang yang jelas yang dipijak oleh penghuni rumah sebelumnya itu adalah najis maka lantai itu kekal suci.
Jika terdapat najis sekadar andaian atau rasa-rasa, maka ia kembali kepada kaedah fiqh ada menyatakan bahawa:
Maksudnya: Keyakinan tidak akan dapat menghapuskan keraguan. Ini kerana pada asalnya, tiada najis sehingga dibuktikan adanya najis disertakan dengan salah satu sifatnya iaitu bau, rasa atau warna. Berpeganglah kepada konsep umum iaitu selagi tidak ada najis yang jelas sifatnya iaitu bau, rasa atau warnanya, maka telah suci. Di samping itu, solat yang puan lakukan adalah sah dan tidak perlu diulang balik.
Sekian, terima kasih.